1.0 Pengenalan
Sejak
tahun 1970-an, Malaysia Berjaya mencatatkan pertumbuhan ekonomi pada kadar yang
memberangsangkan. Negara Malaysia lebih mengutamakan perindustrian untuk
mencapai era Negara moden. Pada masa yang sama, terdapat perubahan yang ketara
dalam struktur ekonomi Malaysia daripada yang berasaskan pertanian kepada yang
berasaskan perkilangan. Sektor perkilangan dan pembuatan merupakan penggerak
utama untuk menjadikan Malaysia ke arah Negara perindustrian yang maju setaraf
dengan Negara Jepun, Korea, dan Taiwan. Dalam sektor perkilangan dan pembuatan ,
sumbangan dan peranan industri kecil dan sederhana semakin besar dan penting
dalam usaha merealisasikan Wawasan 2020.Perkilangan adalah merujuk kepada
penggunaan alatan atau sebuah medium pemprosesan kepada penukaran bahan mentah
menjadi barangan siap untuk jualan. Usaha ini termasuk semua proses perantaraan
diperlukan untuk pengeluaran barang. Perindustrian pula dianggap sebagai
pengerak utama di kalangan Negara yang membangun terutamanya dari segi daya
pengeluaran dan keupayaan tenaga buruh. Sektor perindustrian mencatatkan
sumbangan yang besar dalam peneraju ekonomi Negara .
2.0 Definisi
Istilah
2.1 Industri
kecil dan sederhana
Merujuk
kepada Kamus Dewan Edisi Keempat, Industri Kecil dan Sederhana (IKS)
dimaksudkan sebagai perusahaan
perkilangan atau syarikat yang menyediakan perkhidmatan berkaitan perkilangan
dengan pusing ganti jualan tahunannya yang tidak melebihi RM 25 juta dan
menggaji kakitangan sepenuh masa tidak melebihi 150 orang.Malahan
didapati pengertian IKS berubah dari semasa ke semasa mahupun dari situasi ke
situasi.
IKS juga didefinisikan sebagai modal. Akta
penyelarasan peindustrian 1975 ( Pindaan
1986 ) mendefinisikan industri kecil sebagai syarikat perkilangan yang
mempunyai dana pemegang syer kurang daripada RM50,000 dan industri sederhana
sebagai syarikat yang mempunyai dana pemegang syer antara RM50,000 hingga RM2.5
juta. Syarikat yang mempunyai dana melebihi RM2.5 juta dianggap sebagai
industri besar. IKS yang didefinisikan mengikut bilangan pekerja merujuk kepada
industri kecil ialah badan perniagaan dan perusahaaan yang mempunyai pekerja
sepenuh masa kurang daripada 50 orang. Manakala industri sederhana ialah badan
perniagaan atau perusahaan yang mempunyai pekerja antara 50 hingga 199 orang
dan industri bersaiz besar pula dikategorikan dalam firma yang mempunyai bilangan
pekerja 200 orang ke atas.
2.2 Industri
kecil dan sederhana ( Luar Bandar )
Industri Kecil dan Sederhana (IKS) adalah komponen yang
penting dalam pertumbuhan ekonomi negara. Sektor industri ini banyak membantu
mengurangkan pengangguran. Oleh kerana sektor Industri Kecil dan Sederhana
(IKS) memainkan peranan dan sumbangan
besar kepada ekonomi negara, kerajaan memfokuskan pembangunan Industri Kecil
dan Sederhana (IKS) luar bandar sebagai satu sumber utama negara yang penting
ke arah mengubah dasar ekonomi Malaysia kepada dasar ekonomi baru yang
berpandapatan tinggi. Usaha kerajaan membuka ruang dan peluang untuk
membangunka sekumpulan usahawan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) luar bandar
yang pelbagai dan mempunyai daya saing yang tinggi adalah tema utama ke arah
pengekalan pertumbuhan ekonomi.
IKS adalah penting di dalam proses perkembangan ekonomi dan
turut memainkan peranan yang sangat penting dalam rangkaian eksport negara.
Sesetengah ekonomi negara yang maju telah berjaya kerana mereka meletakkan IKS
sebagai bahagian utama ekonomi negara itu, meskipun di Malaysia angkanya masih
di tahap rendah, IKS berpotensi membuat sumbangan yang besar kepada ekonomi dan
boleh menyediakan asas-asas yang kukuh untuk menjana pertumbuhan industri baru
sementara mengukuhkan industri yang sedia ada untuk pertumbuhan masa hadapan
negara.
2.3
Perbadanan
Pembangunan Industri Kecil dan Sederhana (SMIDEC)
Perbadanan Pembangunan
Industri Kecil dan Sederhana (SMIDEC) adalah agensi Kerajaan utama yang
bertanggungjawab menyelaras pembangunan IKS. Selain menawarkan khidmat
nasihat berkaitan pembangunan industri, agensi ini juga menyediakan program
latihan dan pembangunan untuk orang ramai dan pengusaha IKS.
2.4 Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah
Kementerian pembangunan luar Bandar dan
wilayah adalah agensi yang bertanggungjawab untuk meningkatkan pendapatan
penduduk desa ke tahap 80% daripada Bandar menjelang 2020. Matlamat agensi ini
adalah untuk mewujudkan desa berkualiti ( desa Q ) menjelang 2016. Kementerian
ini juga melaksanakan aktiviti keusahawan yang melibatkan 30% penduduk desa dan
mempercepatkan pelaksanaan konsep dan program pembangunan bersepadu
1.0 Tahap
pembangunan IKS
Membangunkan
sekumpulan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) yang pelbagai dan mempunyai daya
saing yang tinggi adalah tema utama ke arah pengekalan pertumbuhan ekonomi.
Seperti yang kita sedia maklum, IKS memerlukan bahan-bahan mentah untuk proses
pengeluaran kilang. Biasanya bahan-bahan mentah ini adalah daripada hasil
pertanian, perikanan atau perhutanan. Secara sinonimnya perusahaan IKS ini
saling melengkapi dan berkaitan. Sebagai contoh, kilang
perusahaan keropok memerlukan hasil tangkapan laut, manakala kilang
perusahaan kerepek pula memerlukan hasil pertanian seperti ubi, keladi, pisang,
jagung dan lain-lain. Secara tidak langsung aktiviti pertanian dan
perikanan turut meningkat di kawasan tersebut. Hasil pertanian penduduk kampung
yang selama ini sukar untuk dipasarkan, kini telah menjadi rebutan para pengusaha
IKS.
Secara
khususnya hukum ekonomi menjelaskan bahawa kadar permintaan mempengaruhi
penawaran dan harga barangan. Dan kesannya adalah harga barang mentah (pertanian)
seperti ubi, pisang, keledek, keladi akan meningkat. Secara tidak
langsung ini akan membantu sektor pertanian meningkat. Hal ini, diperkukuhkan
lagi dengan dasar kerajaan yang memberi perhatian serius melalui usaha
Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) untuk membantu meningkatkan
pendapatan petani dan nelayan.
Oleh
hal yang demikian, untuk memenuhi
permintaan IKS terhadap bahan mentah yang semakin meningkat, kerajaan melalui
agensi-agensi pertanian seperti FAMA, MARDI, PELADANG dan sebagainya memberi
khidmat kepakaran dan subsidi kewangan kepada para petani dan nelayan. Industri
Kecil dan Sederhana (IKS) ini merupakan serampang dua mata. Ini adalah
kerana kewujudannya bukan sahaja dapat meningkatkan ekonomi malah dapat
membasmi kadar kemiskinan rakyat di negara Malaysia yang ini.
Malaysia
mempunyai pelbagai kesenian dan budaya tersendiri yang unik yang terdiri
daripada penduduknya yang pelbagai bangsa dan agama Melalui kolaborasi bersama kewujudan IKS dan
sektor perlancongan sedikit sebanyak boleh meningkatkan pertumbuhan ekonomi di
negara kita. Kita sedia maklum bahawa para pelancong sangat suka membeli
kraftangan untuk dibawa pulang negara mereka.
Dengan
kewujudan perusahaan industri kecil dan sederhana (IKS) ini, negara kita
Malaysia menjadi antara negara yang banyak menghasilkan barangan kraftangan yang
unik daripada pelbagai etnik dan kaum di Malaysia ini. Sebagai contoh
perusahaan membuat bubu untuk menangkap ikan, sangkar burung puyuh, tembikar,
pasu bunga, ukiran, labu sayong, batik, songket, tikar, bakul barangan hutan
dan lain-lain lagi. Hasil kraftangan inilah melambangkan identiti serta jati
diri negara.
Para
pelancong yang datang melawati negara Malaysia
sanggup membelanjakan wang berjuta-juta ringgit untuk
membeli kraftangan ini sebagai cenderamata kepada rakan-rakan mereka
apabila kembali ke tanah air mereka kelak. Dalam hal ini peribahasa Melayu ada
menyebut bahawa “tak tumbuh, tak melata, tak sungguh orang tak kata”. Hal ini
membuktikan bahawa kualiti serta keunikan kraftangan penduduk bumi Malaysia lebih
menarik dan ini akan membantu lebih
ramai pelancong ke negara itu. Impaknya perkara ini bukan sahaja akan
meningkatkan kredibiliti imej perniagaan serantau Malaysia sebagai negara
berbilang bangsa malahan dapat meningkatkan pertumbuhan ekonomi negara menerusi
sektor pelancongan.
1.0 Kepentingan
dan Sumbangan Industri Kecil dan Sederhana ( Luar Bandar )
IKS
berperanan sebagai tulang belakang kepada pembangunan yang baik untuk usahawan
ataupun untuk masyarakat dan Negara. Ia menggerakkan industri utama yang lain .
IKS
telah dibangunkan dengan pesatnya umpama cendawan tumbuh selepas hujan. Contoh
Industri Kecil dan Sederhana (IKS) Luar Bandar ialah kilang kraf tangan, kilang
keropok, perusahaan batik, kilang mi dan lain-lain lagi. Terdapat banyak
kepentingan IKS kepada masyarakat dan negara.
1.1 Kepentingan
kepada Masyarakat
i.
Peluang
untuk menceburi bidang perusahaan
IKS Luar bandar memberi
peluang kepada bakal usahawan untuk menceburi sektor perindustrian. Seorang
pelajar menghadapi dua pilihan selepas menamatkan pelajaran, iaitu sama ada
menyertai pekerjaan di sektor awam dan swasta ataupun menceburi bidang perniagaan.
Peluang pekerjaan di sektor awam dan sektor swasta agak terbatas, terutamanya
sekali bagi mereka yang tidak mempunyai taraf pendidikan yang tinggi. Maka
menceburi industri kecil dan sederhana merupakan alternatif yang bijak.
Dengan melibatkan diri dalam
IKS Luar Bandar , seorang usahawan dapat mendalami selok-belok perniagaan di
samping memperoleh kemahiran dan pengetahuan seterusnya menjadi usahawan yang
Berjaya. Tanpa IKS Luar Bandar, peluang untuk memulakan perusahaaan sendiri
tidak wujud. Seseorang individu hanya boleh menyertai pekerjaan bergaji sahaja.
ii.
Peluang
menggunakan kebolehan, daya cipta, dan kreativiti
IKS Luar Bandar memberi
peluang kepada seorang usahawan untuk menyumbang kebolehan, daya cipta, dan
kreativitinya untuk pembangunan Negara. Usahawan ialah seorang manusia yang
kreatif, inovatif, mempunyai daya tahan yang tinggi, rajin, gigih, tidak
mengaku kalah, dan berani menghadapi risiko. Usahawan bertanggungjawab atas
kejayaan atau kegagalan keseluruhan proses pengeluaran dari peringkat awal
hingga ke peringkat akhir. Menjadi usahawan memberi peluang mencabar bagi
seorang individu menguji kebolehan diri serta menggembleng daya usaha dan
kreativiti untuk membangunkan Negara. Menceburi IKS merupakan satu cara untuk
berkhidmat dan berbakti kepada masyarakat.
iii.
Mewujudkan
peluang pekerjaan
IKS Luar Bandar mewujudkan banyak peluang pekerjaan, khususnya
untuk golongan berpendidikan rendah. Ini adalah kerana IKS bersifat intensif
buruh. IKS Luar Bandar kurang menggunakan modal tetap dalam proses pengeluaran.
Bagi mengatasi kekurangan modal tetap seperti mesin dan peralatan jentera, maka
ramai pekerja diperlukan khususnya dalam bidang operasi yang mudah. Pekerjaan
seperti ini tidak memerlukan tahap kemahiran yang tinggi dan mudah diisi oleh
golongan berpendidikan rendah. Wujudnya IKS dapat menyerap buruh yang memasuki
pasaran setiap tahun dan mengurangkan kadar pengganguran.
iv.
Memenuhi
keperluan dan kehendak masyarakat
Barang buatan tempatan telah
dapat mengalihkan perhatian rakyat Negara ini daripada membeli barang luar
negeri. Ini mengurangkan pergantungan barang import kerana wujud kepelbagaian
barang, mutu barang yang lebih baik dan harga barang yang lebih murah.
1.2 Kepentingan
kepada Negara
I.
Mengurangkan
pengangguran
IKS Luar Bandar merupakan
industri yang bersifat intensif buruh kerana tidak mampu menggunakan mesin dan
teknologi terbaru dalam pengeluaran. Penggunaan buruh yang ramai secara
langsung mewujudkan banyak peluang pekerjaan yang dapat mengurangkan
pengangguran.
II.
Peningkatan
tabungan dalam ekonomi Negara
Sebahagian besar sumber
modal IKS Luar Bandar berpunca daripada
simpanan pemilik sendiri. Justeru, pengusaha IKS terpaksa menyimpan bagi tujuan
pengumpulan modal. Wang simpanan mesti diperoleh dengan cara mengurangkan
perbelanjaan di saluran lain. Wujudnya IKS dapat meningkatkan kadar simpanan
dan tabungan ekonomi di samping mengurangkan pembaziran.
Simpanan pengusaha IKS yang
disalurkan kepada kegiatan ekonomi yang produktif akan meningkatkan pertumbuhan
ekonomi dan pembangunan negara dan seterusnya membantu Malaysia merealisasikan
Wawasan 2020.
III.
Pengagihan
pendapatan negara
Kewujudan IKS Luar Bandar
dapat mengurangkan ketidaksamaan jurang pendapatan penduduk.Lazimnya, firma
besar dan syarikat antarabangsa membayar gaji dan faedah perkhidmatan yang
tinggi kepada pekerjanya yang terdiri daripada golongan pengurus atasan,
pekerja mahir dan profesional. Bagi majoriti pekerja yang kurang berkelayakan
dan kemahiran rendah, amatlah sukar bagi mereka mendapat kerja dalam firma
tersebut. Wujudnya IKS dapat memberi peluang pekerjaan kepada kumpulan majoriti
ini dan seterusnya membantu mengurangkan ketidakseimbangan dalam pengagihan
pendapatan.
IV.
Latihan
untuk pekerja dan pengusaha
IKS Luar Bandar merupakan bidang untuk memperoleh pengalaman
dan kemahiran melalui kerja amali yang dilakukan seharian. IKS memberi peluang
kepada pekerja dan pengusaha menimba ilmu dan pengalaman di dalam pelbagai
fungsi dan operasi kilang. Oleh kerana pengkhususan tidak diamalkan secara
meluas, maka pekerja IKS terpaksa melakukan pelbagai jenis tugas yang secara
langsung akan meningkatkan kemahiran mereka dalam pelbagai aspek operasi
kilang. Pengusaha IKS juga terpaksa melengkapkan diri dengan ilmu dalam
pelbagai aspek pengurusan dan pentadbiran
kilang.
V.
Mengurangkan
import barang pengguna
Banyak barang pengguna
dikeluarkan oleh pengusaha IKS tempatan. Justeru, negara tidak perlu bergantung
kepada barang import terutama sekali barang keperluan harian. In dapat
mengelakkan pengaliran tukaran wang asing ke luar negara di samping mengukuhkan
ekonomi Malaysia. Contohnya banyak komponen dan alat ganti kereta Proton
dikeluarkan oleh syarikat vendor yang beroperasi di Malaysia. Hal ini dapat
mengelakkan pergantungan terhadap barang import .
VI.
Penggemblengan
modal dan kemahiran rakyat
Melalui IKS, modal dan
kemahiran rakyat boleh digemblengkan untuk menggerak dan memajukan ekonomi
negara. Contohnyal, penjual sate memulakan perniagaan sate dengan kemahiran dan
modal sendiri. Pengusaha tembikar tradisional pula membuat tembikar untuk
dijual berdasarkan usaha dan modal sendiri.
VII.
Memperkukuhkan
struktur asas industri negara
Industri besar memerlukan
input tertentu untuk melicinkan operasinya. Contohnya, industri pembuatan
kereta memerlukan input seprti alatan elektrik, lampu, kusyen, tali pinggang
dan sebagainya. Inpu ini jika diimport akan mengakibatkan pengaliran keluaran
tukaran wang asing. Bagi mencegah dan mengurangkan pengaliran keluar wang itu,
IKS dapat mengeluarkan input sendiri bagi menggantikan import.
5.0 Halangan
Industri Kecil dan Sederhana Luar Bandar
Kebanyakan IKS di negara ini berfokus
kepada perusahaan makanan, tekstil, batik, logam dan sebagainya. IKS memainkan
peranan yang penting dalam konteks negara kita Terdapat pelbagai halangan dan cabaran dalam IKS
luar bandar di Malaysia.
Salah satu cabaran IKS dalam menyumbang
kepada kemajuan ekonomi negara adalah kekurangan mendapatkan modal. Modal yang dimaksudkan adalah tanah,jentera
dan buruh. Semua modal tersebut diperlukan oleh seorang usahawan. Sesungguhnya,
bantuan dan nasihat kerajaan amat diperlukan oleh usahawan IKS. Apabila dilihat
dari segi pinjaman, Kebanyakan industri ini menghadapi kesukaran
untuk mendapatkan modal daripada bank-bank swasta kerana
syarat-syarat pinjaman yang ketat dan memerlukan cagaran. Pengusaha-pengusaha
IKS menghadapi aliran modal kerana jualan mereka hanya mendapat kredit selepas
dijual. Justeru,adalah sukar untuk mengembangkan industri ini
Cabaran yang kedua ialah skop
pasaran terhad .Ruang atau skop pasaran adalah terhad kerana
barangan yang diusahakan,misalnya makanan tidak boleh tahan lama. Pasaran
industri ini lebih bersikap setempat dan sukar menembusi pasaran yang luas
kerana kekurangan pengiklanan dan promosi. Contohnya
penggunaan jentera yang lama dan kuantiti pemprosesan yang kecil. Ini bermakna
kuantiti pengeluaran adalah sedikit dan margin keuntungan adalah kecil. Oleh
itu,pasaran IKS terhad kepada golongan luar bandar sahaja.
Satu lagi cabaran yang dihadapi oleh industri IKS ini ialah bahan
mentah. Adakalanya masalah dari segi mendapatkan bahan mentah pada
musim tertentu menyekat industri ini. Masalah harga bahan mentah yang turun
naik turut menjejaskan kos pengeluaran dan dilihat sebagai penghalang untuk
pembangunan industri ini. Selain itu, bahan mentah yang tidak boleh disimpan
kerana mungkin mengalami kerosakan atau tiada kemudahan stor juga menjadi
masalah
6.0
SISTEM SOKONGAN INDUSTRI KECIL
DAN SEDERHANA (IKS) LUAR
BANDAR
Di Malaysia terdapat pelbagai peluang usaha niaga berbentuk IKS
yang mendapat sokongan penuh daripada kerajaan. Disebabkan oleh keperluan untuk bergantung
kepada permintaan domestik dan industri yang berorientasikan domestik untuk
pertumbuhan ekonomi negara telah bertambah, Kerajaan akan terus memberi
sokongan untuk menguatkan lagi pertumbuhan ekonomi melalui Industri Kecil dan
Sederhana (IKS) dengan memperkenalkan langkah-langkah baru dan merasionalkan
usaha yang telah ada untuk membangunkan lagi IKS yang mampan. Antara
langkah-langkah yang telah dikenalpasti :-
v Untuk memperbaiki sistem
sokongan institusi
v Untuk memudahkan
ketersampaian kepada pembiayaan
v Untuk menaiktaraf
kemahiran teknologi
v Untuk mempertingkatkan
akses pasaran
v Untuk menggalakkan
pengunaan ICT yang lebih banyak dan
v Untuk menambahkan
kesedaran penjenamaan produk dan hak perlindungan harta intelek.
Dalam menggalak dan menaiktarafkan IKS Bumiputera di bawah
Masyarakat Perdagangan dan Bumiputera (BCIC) usaha akan dipertingkatkan lagi
untuk membantu usahawan Bumiputera memperbaiki kemahiran mereka di dalam
pengurusan perniagaan, ICT, R&D, pembangunan produk dan pemasaran dan juga
mewujudkan hubungan strategik dengan usahawan bukan bumiputera. Untuk
membolehkan PKS dalam industri luar bandar menembusi pasaran dunia, usaha untuk
mempertingkatkan daya saing mereka akan digiatkan. Konsep satu daerah satu
industri akan diperkuatkan lagi untuk meliputi kawasan penyertaan yang lebih
besar. Usaha akan ditujukan ke arah mempertingkatkan penggunaan teknologi di
dalam proses industri luar bandar, memperolehi pentauliahan kualiti dan
menaiktaraf promosi pasaran dengan mewujudkan hubungan dengan pelanggan
korporat dan antarabangsa.
7.0 LANGKAH-LANGKAH UNTUK MENDORONG DAN MEMBANGUNKAN
INDUSTRI KECIL DAN SEDERHANA (IKS) LUAR BANDAR
Teknologi merupakan asas kepada persaingan
kerana ia merupakan faktor terpenting dalam membezakan produk dan juga penentu
kepada kejayaan dan kualiti produk IKS. Sokongan kerajaan tidak kurang pentingnya dalam
mempengaruhi kejayaan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) luar bandar.
Tidak dapat dinafikan lagi bahawa
penggunaan teknologi banyak mempengaruhi kejayaan IKS dan sememangnya memberi
perubahan yang besar kepada produktiviti IKS. Oleh yang demikian, pelbagai
langkah perlu diperkenalkan untuk membantu IKS memodenkan operasi dan mengurangkan
kos pengeluaran. Antara yang boleh dipertingkatkan ialah intensif yang
menggalakkan pengusaha IKS terutamanya di luar bandar beralih daripada cara
tradisional kepada teknologi moden. Pengusaha IKS di luar bandar juga perlu
didedahkan dengan bidang teknologi moden supaya perusahaan mereka dapat
diperbesarkan dan produk-produk yang dihasilkan boleh dipasarkan sehingga ke
luar negara. Ke arah itu juga, persekitaran yang lebih kondusif bagi pengusaha
IKS membangunkan jenama masing-masing perlulah disediakan
Sokongan kerajaan tidak kurang
pentingnya dalam mempengaruhi kejayaan IKS. Kerajaan melalui pelbagai
kementerian dan agensi telah mengambil pelbagai inisiatif dan program untuk
menyokong pembangunan IKS. Ini bertujuan untuk menggalakkan pembangunan IKS
yang berdaya saing dan berdaya tahan ke arah meningkatkan sumbangan IKS kepada
ekonomi negara. Sokongan kerajaan bagi membangunkan IKS adalah dalam bentuk
program yang dirangka khusus bagi menyediakan infrastruktur supaya lebih mudah
bagi pengusaha menceburi bidang perniagaan, menanam semangat keusahawanan dan
mendidik bakal usahawan.
Kerajaan terus memainkan peranan aktif
dalam membangunkan IKS menerusi pelbagai program dan aktiviti. Dalam usaha ke
arah mewujudkan dan membangunkan usahawan yang dinamik dan berpengetahuan,
kerajaan telah menganjurkan kursus dan latihan kepada IKS terutamanya untuk
usahawan yang berpotensi dan sedia ada. Kursus dan latihan yang diberikan
bertujuan untuk mempertingkatkan lagi tahap pengetahuan pekerja untuk
memastikan IKS memiliki kumpulan tenaga kerja yang mahir dan berpengetahuan
terutamanya dari segi pengurusan. Agensi yang terlibat dalam kursus dan latihan
ini kebiasaanya dibuat oleh pihak TEKUN dan MARA, kerana agensi ini amat
memberi peranan dalam latihan dan kursus yang dibuat untuk usahawan IKS,
seperti kursus dan latihan pembungkusan, kewangan, kepimpinan, pengurusan, dan
sebagainya. Walaupun mempunyai dana yang mencukupi, perusahaan IKS tidak
mungkin berjaya sekiranya tidak mempunyai kemampuan dan kemahiran dalam menguruskan
perusahaan. Dengan memiliki pengetahuan dan kemahiran yang tinggi, pekerja
dapat membantu dalam meningkatkan produktiviti organisasi. Kursus dan latihan
yang disediakan penting bagi membolehkan sesebuah organisasi berkembang menjadi
syarikat yang berjaya dalam peringkat domestik serta dapat melangkau ke
peringkat serantau dan global.
Untuk memudahkan dan membantu IKS dalam
perniagaan, kerajaan turut mengadakan kempen yang bermatlamat untuk
mempromosikan dan memperkukuhkan kepentingan jenama IKS. Agensi yang
bertanggungjawab dalam kempen ini ialah SMIDEC dan MARA. Penubuhan kempen ini
mencerminkan komitmen dan kesungguhan kerajaan untuk menggalakkan pembangunan
IKS di Malaysia. Ini akan menggalakkan pengusaha IKS untuk memanfaatkan
penjenamaan bagi memasarkan produk dan perkhidmatan ke peringkat yang lebih
tinggi. Kempen yang dijalankan ini akan dapat membantu IKS dalam membangunkan
dan mempromosikan jenama keluaran mereka disamping dapat mempamerkan produk
kepada orang awam melalui iklan-iklan di internet, radio, surat khabar, kain
rentang dan sebagainya. Dengan menyertai kempen tersebut, ini menunjukkan IKS
sentiasa berusaha secara berterusan untuk memenuhi permintaan pelanggan dari
segi produk dan perkhidmatan yang disediakan
Dengan melihat kepada segala keperluan
IKS dari segi kewangan dan kemahiran, kerajaan turut menawarkan khidmat nasihat
perniagaan yang komprehensif kepada IKS supaya IKS mendapat khidmat nasihat
yang berkualiti tinggi dan lebih baik berbanding sebelumnya terutamanya dalam
bidang pemasaran, pengurusan dan operasi. Perkhidmatan yang telah ditawarkan
kepada IKS adalah dalam semua peringkat kitaran perniagaan bagi membantu mereka
berkembang dan mencapai kecemerlangan dalam aktiviti perniagaan. Terdapat
beberapa agensi yang menyediakan khidmat nasihat kepada IKS. Antaranya ialah
seperti SMIDEC, MARDI dan MARA. Tujuan khidmat nasihat ini disediakan adalah
dengan tujuan untuk memberi panduan kepada IKS tentang cara menguruskan
perniagaan dengan lebih baik terutamanya dalam persekitaran kos yang semakin
meningkat dan lebih sukar pada masa kini. IKS boleh mendapatkan khidmat nasihat
dengan lebih lanjut mengenai langkah-langkah yang berkesan untuk menguruskan
perniagaan dan secara tidak langsung membantu bagi mengukuhkan operasi
perniagaan IKS. Selain itu, IKS boleh mendapatkan maklumat yang pelbagai bagi
menangani masalah yang dihadapi dalam perniagaan dan memperbaiki proses
pengurusan. Dengan adanya khidmat nasihat tersebut, pengusaha IKS akan lebih
bermotivasi dalam menjalankan perniagaan serta dapat menghasilkan idea yang
lebih kreatif untuk diaplikasikan dalam perniagaan pada masa depan
Sebagai usaha untuk membangunkan IKS, kerajaan
telah menyediakan sokongan berbentuk kewangan dan bukan kewangan bagi memajukan
IKS di pasaran tempatan dan antarabangsa. Industri Kecil dan Sederhana (IKS)
bukan sahaja dapat menarik pengusaha baru untuk menceburi bidang perniagaan
malah turut memainkan peranan dalam membantu masyarakat dengan memberi peluang
pekerjaan dan meningkatkan ekonomi negara. Oleh yang demikian, penting bagi
kerajaan untuk memberikan komitmen sebenar ke arah memajukan sektor IKS
8.0 Penutup
Secara
keseluruhannya terdapat banyak pertumbuhan Industri Kecil dan Sederhana (IKS)
luar Bandar yang telah membantu masyarakat dan negara kita. Sebagai rakyat
Malaysia kita tidak seharusnya membiarkan peluang ini berlalu begitu sahaja.
Kita perlu membantu meningkatkan kualiti IKS luar bandar kerana industri ini
sebenarnya merupakan sebahagian daripada barangan keluaran tempatan yang
berperanan meningkatkan imej negara di mata dunia. Apabila masyarakat sama ada
di dalam atau di luar negara menggunakan barangan IKS, maka secara tidak
langsung jati diri negara terserlah. Oleh hal yang demikian, semua pihak
iaitu pihak kerajaan, swasta, masyarakat serta individu perlulah bekerjasama
untuk meningkatkan industri ini. Dana yang besar telah diperuntukkan oleh
kerajaan perlu digunakan sebaik-baiknya bagi tujuan memajukan IKS luar bandar.
Diharapkan barangan keluaran IKS mampu bersaing dalam pasaran di
peringkat tempatan dan juga persada antarabangsa. Jadi pihak-pihak yang
terbabit dalam sektor ini haruslah meneroka bidang-bidang IKS dengan menghadiri
ekspo-ekspo perindustrian di luar negara. IKS bukan sahaja berdaya maju bahkan
menyumbang kepada ekonomi negara sekali gus merealisasikan wawasan .
PUSAT PEMASARAN PRODUK IKS JOHOR
9.0 Rujukan
Fazlien, N. (2012,
September 26). Assignment Asas Keusahawanan. Retrieved September 14, 2015,
from https://www.scribd.com/doc/107039029/Assignment-Asas-Keusahawanan
Tugasan
5 slide powerpoint zuraida s. (2012, December 12). Retrieved September 14, 2015
Utusan.
(2013). Usahawan IKS Perlu Bijak Rebut Peluang Niaga. 24 April 2013.
Utusan.
(2013). Produk Bermutu Tarik Pelancong. 8 April 2013.
Akram, A. (2015, May 13).
Industri kecil dan sederhana. Retrieved September 14, 2015.
Hashim, I. (2008, June 29).
Koleksi Tugasan @ Assignment. Retrieved September 14, 2015.
Gemilang, B. (2015, June
19). Menceburi Industri Kecil dan Sederhana (IKS) –. Retrieved September 14,
2015.
Kuppusamy, K. (2010).
Industri kecil dan sederhana. In Perdagangan (p. 133). Petaling Jaya:
Sasbadi.
Sambac, J. (2010, September
20). Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Kejayaan Industri Kecil Dan Sederhana
(IKS). Retrieved September 14, 2015.
Assalamualaikum wbt. Ada seorang lelaki Melayu dari asnaf fakir miskin bernama Saudara Adila Bin Suboh. Dia berasal dari Melaka. Dia berumur 44 tahun. Dia tidak mempunyai rumah dan kenderaan sendiri. Dia sentiasa berada dalam keadaan daif dan hidup dalam serba kekurangan. Dia tidak mampu menyara keluarganya kerana kesempitan wang. Adakala dia tidak makan dan mandi beberapa hari. Dia mengharapkan belas kasihan dari orang yang prihatin dengan keadaan nasibnya. Sesiapa yang ingin menghulurkan sumbangan wang secara ikhlas, boleh derma ke akaun maybank 151089317354 Adila Bin Suboh. Sumbangan anda dapat meringankan beban orang yang memerlukannya. Terima kasih.
ReplyDeleteSaya telah berpikir bahwa semua perusahaan pinjaman online curang sampai saya bertemu dengan perusahaan pinjaman Suzan yang meminjamkan uang tanpa membayar lebih dulu.
ReplyDeleteNama saya Amisha, saya ingin menggunakan media ini untuk memperingatkan orang-orang yang mencari pinjaman internet di Asia dan di seluruh dunia untuk berhati-hati, karena mereka menipu dan meminjamkan pinjaman palsu di internet.
Saya ingin membagikan kesaksian saya tentang bagaimana seorang teman membawa saya ke pemberi pinjaman asli, setelah itu saya scammed oleh beberapa kreditor di internet. Saya hampir kehilangan harapan sampai saya bertemu kreditur terpercaya ini bernama perusahaan Suzan investment. Perusahaan suzan meminjamkan pinjaman tanpa jaminan sebesar 600 juta rupiah (Rp600.000.000) dalam waktu kurang dari 48 jam tanpa tekanan.
Saya sangat terkejut dan senang menerima pinjaman saya. Saya berjanji bahwa saya akan berbagi kabar baik sehingga orang bisa mendapatkan pinjaman mudah tanpa stres. Jadi jika Anda memerlukan pinjaman, hubungi mereka melalui email: (Suzaninvestment@gmail.com) Anda tidak akan kecewa mendapatkan pinjaman jika memenuhi persyaratan.
Anda juga bisa menghubungi saya: (Ammisha1213@gmail.com) jika Anda memerlukan bantuan atau informasi lebih lanjut
Saya ingin berkongsi kesaksian mengenai bagaimana perkhidmatan pendanaan Le_Meridian membantu saya dengan pinjaman sebanyak 2,000,000.00 USD untuk membiayai projek ladang ganja saya, saya sangat berterima kasih dan saya berjanji untuk berkongsi syarikat pembiayaan ini kepada sesiapa yang mencari jalan untuk mengembangkan perniagaannya project.the syarikat adalah syarikat pembiayaan. Sesiapa yang mencari sokongan kewangan perlu menghubungi mereka di lfdsloans@outlook.com Atau lfdsloans@lemeridianfds.com Encik Benjamin juga pada WhatsApp 1-989-394-3740 untuk membuat perkara mudah bagi mana-mana pemohon.
ReplyDelete